Bagaimana untuk menukar ciri-ciri pelayar anda untuk mengawal 'cookies' |
Dengan menggunakan pautan web dibawah, anda boleh mempelajari bagaimana untuk menukar ciri-ciri pelayar anda untuk mencegah laman web dari menggunakan 'cookies' untuk mengesan corak dan kegemaran anda semasa melayari internet. Pilih pelayar web yang anda gunakan sekarang dan pelajari bagaimana untuk menukar ciri-ciri tersebut:
|
|
Bagaimana untuk memasukkan 'Pendahulu Email' |
'Pendahulu Email' dapat membantu pihak berkuasa dan pembekal servis internet untuk mengesan dari mana datangnya mesej yang tidak diperlukan. Apabila melaporkan 'spam', sentiasa masukkan maklumat 'pendahulu email'. Lihat tutorial animasi di bawah untuk mempelajari bagaimana untuk memasukkan maklumat tersebut:
Eudora version 6.x
Eudora version 5.x
Outlook Express for Windows
Entourage for the Macintosh
|
|
| Bagaimana untuk menggunakan penapis Email |
Kebanyakkan perisian email mengandungi penapis email yang sudah tersedia. Tutorial animasi di bawah menunjukkan bagaimana untuk mengaktifkan penapis ini pada perisian-perisian email yang popular:
Eudora for the PC:
Outlook Express:
Entourage for the Macintosh:
American Online 8:
Hotmail:
|
| |
| Bagaimana untuk menggunakan 'Firewall' |
'Firewall' ialah perisian atau alat yang menghalang trafik internet yang tidak dikenali dari memasuki atau keluar dari komputer anda. 'Firewall' dapat membantu anda 'menghilangkan diri' di internet dan mencegah semua komunikasi dari sumber yang tidak diketahui. Cara perlindungan yang paling baik ialah untuk menggunakan kedua-dua 'firewall' dan perisian anti-virus. Sesetengah sistem operasi mengandungi 'firewall' yang sudah siap sedia untuk digunakan. Tutorial animasi di bawah menunjukkan bagaimana anda boleh mengaktifkan 'firewall' di dalam Windows dan Macintosh OS X:
Mengaktifkan 'Firewall' yang siap sedia di Windows XP:
Mengaktifkan 'Firewall' yang siap sedia di Mac OS X (versi 10.2 atau lebih):
|
|
Bagaimana dan kenapa saya perlu memadamkan jejak perjalan semasa saya melayari internet? |
Komputer anda secara automatik akan merekod perjalan web anda atau 'history' di dalam 'cache'. Ciri 'cache' ini membolehkan anda menggunakan butang 'Back' dan membolehkan laman web yang dilawati sebelumnya, muncul dengan lebih cepat. Jika anda tidak mahu orang lain mengetahui apa yang anda layari, anda boleh memadamkan jejak perjalanan ini melalui ciri-ciri pelayar. Pilih pelayar yang anda gunakan sekarang untuk mengetahui dengan lebih lanjut:
Firefox Version 1
Internet Explorer Version 6 and Version 5
America Online Version 8 , Version 6 & 7 and Version 5
Netscape Navigator Version 7.0 , Version 6.0 and Version 4.5
Opera Version 6.05 , Version 6 and Version 5.01
Safari Version 1
|